Monday, April 28, 2008

Utara Mini Gath for Astech MegaGath



* Kesemua gambar telah diambil dari nusantarian.fotopages.com milik 'waqas'
tanpa kebenaran. Sory waqas.

Senarai kehadiran mini mesorat MegaGath Astech 97/98
1. kassim al ibrahim
2. samkie al hafiz
3. ijam al saifulnizam(budak KE?)
4. pak an nyamuk al azaharan
5. waqas al paparazi
6. abe al nina
7. zul al y.b. kj2
8. ayie al vtec besaq
9. nina al abe
10. arfah al pengantin perempuan al pasangan diraikan Very Happy

Dalam perancangan sebelum mini mesorat,pengerusi menekan kan 3 agenda yang wajib diberikan perhatian.hasilnya adalah seperti berikut:

1. tarikh MegaGath : bulan 11@12 yakni November@Disember
2. tempat MegaGath : Bukit Merah Laketown Resort(cadangan)
3. AJK Lantikan : a. Sham Mongek (Langkawi)
b. Apit Samkie (Kedah/Perlis)
c. Kasim Ibrahim (Penang)

4. Hal hal lain :
a. bajet tidak lebih rm200 setiap orang.
mesyuarat bersetuju agar dicadangkan
yuran penyertaan tidak melebihi paras
syiling yang ditetapkan yakni rm200.
kos ini adalah untuk sekali saja bayaran
termasuk dengan hadiah dan penginapan
serta buah tangan dan cenderamata.

b. mesyuarat bersetuju untuk memaklumkan
kepada semua rakan2 lama astech melalui
surat menyurat dengan menyertakan borang
maklum balas yang akan dihantar kepada
setiap orang melalui alamat yang tertera
didalam buku astech 97/98.kemudian akan
disusuli dengan email@sms.

c. mesyuarat juga bersetuju untuk membuat
cenderamata dalam bentuk pendant,car
sticker dan juga gambar beramai2. banner
besar turut dicadangkan bagi hari tsebut

d. mesyuarat bersetuju untuk mengadakan
MegaGath untuk tempoh 2hari1malam.Ini
kerna perjalanan ke tempat MegaGath akan
mengambil masa.Disamping ingin mengada
kan lebih banyak aktiviti beramas mesra.

e. Mesyuarat bersetuju agar semua bekas
pelajar astech 97/98 dijemput untuk
mengwar2kan MegaGath kepada rakan2 lain.

Penutup, saya selaku wakil bagi Northen Region,akan terus berhubung dengan Central dan Southen Region bagi menjayakan misi MegaGath pada kali ini. Adalah diharapkan ajk yang dilantik serta rakan2 yang bakal diraikan memberikan komitmen dan sumbangan ikhlas dalam menjayakan MegaGath untuk tahun ke10 sebagai bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Sultan Abdul Halim. dan ribuan terima kasih serta tahniah kepada kak pah dan pasangan di atas tajaan makanan dan juga tempat mini mesorat(2M)

0 comments:

Gath Utara

Gath Utara

Selatan

Selatan
Design by -BURN- Templates 2008

Design by BURN Templates 2008