Monday, August 25, 2008

Minigath: Majlis Berbuka Puasa


Dengan segala hormatnya komuniti Astechmegagath menjemput semua warga Astech 97/98 ke Minigathering : Majlis Berbuka Puasa 2008 . Dijemput untuk membawa pasangan yang dicintai, anak-anak dan rakan-taulan.

SENARAI KEHADIRAN (sudah membuat pembayaran)

1.Ilyani KE2
2.KAZ KA1
3.Hilkam KE1
5.Kamil KE1 + isteri
6. Fadhlan KE1 + 2 jemputan
7. Piown KA1 + isteri
8. Zamri Pak Zam KA2
9. Sang Waqas KJ2
10.Syam Perd
11.Zaheera Perd + Suami
12.Baim@kassim KA1 + 2 jemputan
13.Piri KA2 + 1 jemputan
14.Wardi KJ2
15.Aie KJ2
16.Hazman Zaim KA2
17.Mastural KA2
18.Ruslina KA2 + 2 jemputan
19.Yusman affandy KJ2 + isteri
20.Shahril KJ2
21.Mahady Agri
22. Pak Chap KE1
23. Md Nazih KJ2
24. Shahrom KE1 + isteri
25. Bujai KA2 + isteri
26. Maizatul Agri
27. Min Mayanis Agri
28. Arfah Perd + suami
29. Pon Gunung KJ2
30. Am Mosa KJ2
31. Chon KA1 + isteri

Jumlah 45 Orang Confirm Hadir!
*tidak termasuk rakan2 yang walk in lagi..sure ramai..hehe..

Kepada rakan-rakan yang lain yang ingin turut serta boleh membuat tempahan dengan menghubungi baim@kassim di talian 012-586 5086 atau ruslina 017-422 9942. Untuk mereka yang dapat membuat confirmation dan bayaran awal, cuma RM29 saja dikenakan. Bagi mereka yang nak walk-in hari tue disebabkan tak dapat nak confirm awal, boleh juga datang tetapi bayaran penuh akan dikenakan iaitu sebanyak RM35 untuk seorang. Tarikh akhir untuk tempahan dilanjutkan sehingga 25 September 2008(Khamis) jam 11 malam. Bagi yang tak dapat membuat tempahan, walk in anda amat di alu-alukan...


Pasta ni mmg sedap wooo...

Pelbagai aneka juadah makanan yang disediakan...
Bakar-bakar

Tuesday, August 12, 2008

Harga Seni

Seni, seperti yang kita sedia maklum adalah subjektif. Hasil palitan Van Gogh pada suatu masa dahulu adalah bahan ketawa artis sezamannya. Sekarang, sebidang tanah belum pasti mampu membida sebingkai lukisan hasil tangannya. Van Gogh pastinya seorang yang tabah menahan kutukan masyarakat sekeliling demi seninya yang tersendiri dan diminatinya.

An, seorang pelukis bermediumkan warna air di Jitra adalah satu nama yang tidak asing lagi di persada seni lukis. Banyak jugak hasil seninya yang disimpan megah di Balai Seni Darulaman. Tak kurang juga yang berhias-hias di dinding Istana Negeri Kedah. Yang menang pertandingan juga tak kurang. Berapa harga lukisan beliau? Subjektif juga. Ada yang percuma sebagai hadiah. Ada yang menjangkau RM25 ribu. Ada juga lukisan yang ditawarkan RM18 ribu di tolak mentah2 oleh si pelukis. Masuk akal kah?

Jika dihitung modal si pelukis, mungkin sekitar RM100 sekeping, mungkin kurang. Jika di kenakan pula cas tenaga buruh, mungkin sekitar RM100-200 sehari. Seminggu siap sekeping. Harganya secara purata RM20000. Dimana mahalnya?

Ok lah.. An beri saya segala alatan lukisan termasuk gulungan canvas yang diimpot dari England kepada saya. Ditolong pacakkan lagi papan melukis oleh si An. `Lukis!', jerkahnya. Setahun belum tentu jadi... Atau An beri pula alat lukis lengkap dengan kanvas di papan kepada si pembeli yang membebel, `Mahalnya!'.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pelukis. Dari segi komposisi, warna, penegasan, jalinan, sudut pandangan, mesej dan entah apa-apa lagi yang serba-serbinya berbunyi kurang penting di telinga si pembeli. Tetapi setiap elemen yang dipertimbangkan oleh si pelukis menjadikan lukisannya tida jemu di tatap. Tidak mudah ditiru. Tidak selekeh kualitinya. Dan hanya satu kuantitinya. Suruh An lukis satu lagi yang sama, An geleng kepala.

Jika ditenung dari segi seni muzik. Ramai yang boleh memainkan lagu orang lain. Ia hanya memerlukan praktis dan masa. Tetapi berapa kerat yang mampu mencipta lagu sendiri? Keaslian itu ada harganya.

Apa yang An telah lalui sepanjang hidupnya untuk membentuk jiwa seorang pelukis tidak dapat ditiru oleh orang lain. Ianya `trademark' beliau. Apa yang An fikir sepanjang menghasilkan lukisan beliau tidak difikir oleh Leonarda Da Vinci, mahupun Raphael. Itu fikiran An sendiri. Disitu keaslian hasil seni An bermula. Ianya bukan hasil peniruan.

Di Malaysia kita kurang diketengahkan nilai seni. Masyarakat memandang hasil seni sebagai tidak berharga, setidak-tidaknya kurang berharga. Mereka mungkin tidak sedar ada undang-undang yang melindungi setiap rekabentuk (Industrial Design Act 1996) atau hasil seni di Malaysia. Kerana ianya berpotensi untuk dikomersialkan, dan juga berpotensi besar untuk ditiru oleh mereka yang tidak bertanggunjawab yang kononya bijak mengambil kesempatan.

Pereka bentuk kereta (automotive styling) di barat adalah manusia pertama yang akan masuk majalah sejurus sesebuah kereta baru dipasarkan. Di Malaysia, CEO yang masuk berita, masuk surat khabar.

Namakan apa saja jenis bidang kreatif di Malaysia, tak ramai yang berjaya. Salahnya pada seniman-seniman juga. Mereka dan KITA tidak membantu mendidik masyarakat menghargai seni. Sesetengah sanggup menerima tempahan dengan harga murah (yang menjatuhkan martabat hasil seninya) demi membolot pasaran.. Yang punah periuk nasi adalah mereka juga kemudiannya.

Sekian.

Gath Utara

Gath Utara

Selatan

Selatan
Design by -BURN- Templates 2008

Design by BURN Templates 2008