Thursday, May 29, 2008

Pelaburan RM199 anda


Fees per person: RM199
What includes in the fees?
- Accomodation at the apartment/resort (3days 2night)
- Whole day basic meals on Saturday only (friday and sunday not provided)
- Water theme park access and activities in it on Saturday only
- Telematch (Games held by the Bukit Merah)
- International Buffet Dinner on Saturday night (hall event facing the lake)
- Limited Astech Megagath tshirt designed by our astechrian (40 shirts available only)
- Free gift at registration!!!
- Free photography session for early registration!!!

All fellow members, Astech and Asteches, please give your response to our new info by email us at astechmegagath@gmail.com . We know all of us outside there are still with us, and that we are happy and proud to bring u this Megagath 1998/2008 for our precious moment together!

p/s: please state your fullname, ic number, previous class and contact also new address in email.

Saturday, May 24, 2008

Member's Phonelist According to Class of 97/98

To view member's contact list please go to this link.

Tuesday, May 20, 2008

2nd Meeting Northern Team



As'kum, sebagai pencatat minute mesyuarat tidak rasmi, berikut adalah laporan dari aku. Piown akan revise laporan ini esok.
Mesyuarat untuk Astech Megagath 2008
Tarikh: 18 Mei 2008
Masa: 9mlm-11mlm
Tempat: Alor Star
Kehadiran:
Piown, Wardi, Ili, Kamil, Aie, KZ, Baim, Samkie, Piri, Apis, Sipolan, Azan, Aku dan lagi beberapa org yang aku tak ingat la nama hampa, sori, baim tolong bantu aku.

Agenda:

1.Penetapan tarikh, tempat, dan jangkamasa.
Setelah perbincangan, group bersetuju bahawa jangkamasa 2hari 1malam adalah terlampau pendek dan kurang memuaskan. Maka, group sepakat untuk menetapkan jangkamasa 3hari 2 malam untuk Megagath 2008 kita. Walaupun seolah2 lama sangat, sebenarnya kita cuma akan ada satu hari yang penuh untuk aktiviti:
hari pertama: arriving, check in, rehat.
hari kedua: aktiviti aktiviti (termasuk water theme park), makan minum semua ada dalam pakej, pada malam hari adalah Grand Night Megagath(barbeque).
hari ketiga: check out.
Tarikh yang dicadangkan: 26,27,28 Disember 2008


2.Yuran
Kos masih tidak melebihi rm200 seorang. Baim akan retrieve quotation baru untuk 3hari 2malam. Yuran termasuk penginapan makan minum dan lain-lain. Detail akan dimaklumkan kemudian. Semua yang akan menghadiri diperlukan untuk membayar deposit,. Selain untuk booking, pembayaran deposit akan meringankan 'beban' pembayaran dihari kemudian. Berapa nak bayaq? bila nak bayaq? sabarq dulu noh.


3.Penetapan jawatankuasa
Group telah sebulat suara melantik Piown sebagai leader Megagath 2008. Sebijik carta organisasi pun dah ada, nanti piown akan publish.

4. Aktiviti
AJK program design(Aie and team) akan merangka aktiviti.

5. Lain-lain
Seperti yg diwar war kan, 40 helai tshirt telah disponsor, sapa yang bayar deposit paling awai akan dapat, . Segala perkara2 detail telah dibincangkan tapi belum masanya untuk diannouncekan.
Jawatankuasa sudah diberi mandat untuk merangka strategy dan ajk akan membentangkan draft pada 24mei2008. bermakna akan ada update lagi selepas tarikh tersebut.


Video Ucapan Yang Di-Pertua Kasdem Al Sapliaq semasa meeting :-





Yang melapor:
sedari ruslina

2nd Meeting for Northern Team

Harap maaf, piiown xdapat update lagi. Aku akan membuat pengisian berkala sebentar lagi, sila bersabar.

Monday, May 12, 2008

Bajet Astech Megagath

Satu perjumpaan di zon utara ( Alor Setar ) akan diadakan minggu hadapan untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai usul berikut :

1. Bajet
Akan membincangkan bayaran yg akan dikenakan utk setiap peserta yg akan hadir secara terperinci. Untuk makluman, perbincangan dengan wakil Bukit Merah akan dibuat pada 17/05/2008 untuk mendapatkan kos penginapan dan makan.

2. Urusetia program.
Untuk memastikan kelancaran megagath, pembahagian tugas amatlah penting. Pembahagian tugas adalah satu topic yg akan ita kupaskan. Di antara tugas yg pasti :
i. Penginapan
ii. Aktiviti
iii. Makan/minum
iv. Pengangkutan / Trafik / Logistik
v. Kehadiran/Pendaftaran

3. Aktiviti / Aturcara Program
Memandangkan masa kita di Bukit Merah terhad dan masing2 tiba dengan membawa sindrom penat dan ngantuk hasil perjalanan yg jauh, kita perlu merangka satu aturcara yang ringkas, padat dan meriangkan.

4. Jemputan
Ada bisikan dari geselan angin-angin yg bertiup membisikkan nak jemput cikgu-cikgi. Topik ini perlu dikupas dengan pisau yg paling tajam memandangkan bajet yg nipis. Takut terluka mana plak nak cari ubat nanti.

5. Lain-lain isu berbangkit.
Untuk bahagian ni masing2 fikirkanlah dan kalau rajin uplah diblog atau digroup friendster bagi memudahkan perbincangan nanti.

Tarikh, tempat dan masa akan diumukan sehari dua lagi. Nak kena tanya org2 di sana dulu.

Saturday, May 10, 2008

New Appearence

Blog AstechMegagath dah bertukar wajah...

Cadangan :

Kalo ada apa2 cadangan / nak tambah / nak ubah / nak delete / apa-apa la....
just bagitau kat comment.....

Sesapa yang ader gambar2 terbaru ker, Video kawin geng2 astech ker.....email kat aku...
nanti aku letakkan kat blog ni...

***
Tapis bahasa semasa memberi komen untuk setiap post (warning from Munah).
Mana-mana komen yang mempunyai unsur2 lucah yang melampau, Munah akan delete terus tanpa amaran...
***

Friday, May 9, 2008

Penetapan Tarikh dan Tempat

Assalamualaikum w.b.t

Setelah mendapat perkenan, tanpa mengambil kira anak bulan, majlis mengumumkan tarikh dan tempat ASTECH MEGAGATH `1998-2008 adalah seperti berikut :

CONFIRM!

TARIKH : 27 DAN 28 DISEMBER 2008
TEMPAT : BUKIT MERAH CULTUREZONE APARTMENT
YURAN : TIDAK MELEBIHI RM200

Gambaran lokasi dan penetapan jumlah yuran sebenar akan dipaparkan selepas lawatan tapak 17 Mei 2008.


Thursday, May 8, 2008

Logo Cadangan dan T-shirt Design

Rekabentuk grafik dari Waqas.


Rekabentuk Grafik dari Piiown

Logo :


Gambaran logo di T Shirt:

Kedua-dua design logo just guna typografik so simple. Mungkin ada imej korporat sikit di situ. Logo piiown, 'X' tu bermaksud bekas pelajar. 'X' digunakan sebab ada company yg berdaftar dengan nama astech di Malaysia ni. Utk besarkan imej di atas klik ja kat kat imej tu.

Gambaran logo yg burn buat di T-Shirt :

Cik Munah punya logo belum sempat buat lagi. Lain skit fesyennya kerna logo tu segiempat. Cun jika ditampal besar2 di belakang baju warna hitam.. ala2 baju megadeath.

Wednesday, May 7, 2008

Penetapan Tarikh dan Permasalahan

Berdasarkan perkiraan dan tilek menilek serta kalkulasi yg telah dibuat. Kalkulasi adalah seperti di bawah:

Khamis : 25 Disember 2008 - Cuti Krimas
Jumaat : 26 Disember 2008 - Hari bekerja ( so minta cuti / ponteng / MC / EL adalah disarankan dan digalakkan.
Sabtu : 27 Disember 2008
Ahad : 28 Disember 2008
Isnin : 29 Disember 2008 - Cuti Awal Muharam

Memandangkan tarikh Astech Megagath yang dicadangkan diapit oleh cuti krimas dan awal muharam dan telah mendapat persetujuan yg ramai aku rasa amatlah sesuai bebenar tarikh yg diperkenan.

Bolehlah kiranya sipolan-sipolan memberi tarikh berkenaan kepada tokei bukit merah untuk dicampur tolak ditulis padam untuk memberi kita sebutharga yg terbaik.

Cuma yg menjadi masalah adalah berapa kekuatan ketumbukan kita. 100 org lebih boleh dianggarkan. Masalah pulak bila ditanyakan tentang berapa kelamin berapa teruna dara..

Untuk menyelesaikan masalah di atas boleh kah kiranya, yang sudah beristeri, sila maklumkan berapa jumlah isteri, berapa jumlah anak... yg teruna dara diam2 dulu.. jika malu nak nyatakan di sini atau di group friendster bolehlah email ke astechmegagath@gmail.com . maklumat yg diterima akan dirahsiakan :)

Cadangan Tambahan Untuk ASTECH MEGAGATH

Apakata kita buat jemputan istimewa untuk cikgu2 kesayangan yang masih ada. Cikgu2 or warden asrama dulu ker...Pak ak, abang mael, ustazah comel tu apa nama tah ???

Sapa2 yang rapat ngan cikgu-cikgu tu, boleh la cuba ajak....sekadar cadangan la ...

* (aku teringin sangat nak jumpa cikgu yang pernah pelempang aku kat asrama pukul 4 pagi suatu ketika dulu.... heheh)


OK... saja nak join memeriahkan lagi logo cik Monah.....Ni logo daripada aku la. Special logo untuk ASTech Megagath ni... Kalo bole letak logo kat baju rasmi nanti ok jugak. (Letak kat lengan baju pun jadi la)...

Monday, May 5, 2008

Logo Cadangan


saja menggatai tangan utk join cik munah membuat logo. kombinasi color adalah tidak difikirkan lagi.. pengail sekadar nak mencermin kan masa sa-puluh tahun tu adalah jangka yg agak lama dan bagi sesetengah org ia mungkin sekejap.. logo dihasilkan tanpa fikir panjang.. akan dikemaskan nanti..

Aktiviti MEGAGATH ASTECH97/98

ATT: Tentatif Program telah dirombak dan berlainan dengan senarai di bawah. tq,.



OUTDOOR
  • Berenang/Mandi Manda
  • Snorkling
  • Tarik Tali
  • Memancing
  • Sukaneka (Lari dalam guni, Cari gula2 dalam tepung)
  • Jalan Itik
  • Futsal
  • Sepak Takraw/Raga
  • Masak (untuk kaum2 ibu)
  • Mewarna (untuk kanak2)
  • Berjoget/Menari (untuk kanak2 mcm rancangan macam2 aznil- hadiah disediakan)
  • PhotoShotout
p/s : Untuk aktiviti outdoor ..kalau amik pakej..aktiviti kita tertakluk pada pakej. So lebih baik plan aktiviti sebab megagath kita nanti perlu ada aktiviti2 lain, kalo tak nanti bosan siot ataupun untuk aktiviti outdoor kalo takda idea just wat aktiviti masing2 :P ..demmm!

INDOOR

  • Ucapan Aluan MC, Bacaan Doa
  • Nyanyian Lagu Negaraku/Lagu Negeri Kedah/Lagu Sekolah
  • Spotcheck Kuku,Rambut Oleh Ketua Pengawas, Helmi Jambori / Khairul Wardi
  • Majlis Menaikan Banner MEGAGATH 9808
  • Ucapan Pengerusi Megagath/Wakil Kelas/Orang Penting
  • Penayangan Slide/Gambar/Album Lama
  • Persembahan/Teater/Lakonan/Akustika/Battle Of The Band/Nasyid/Dikir Barat
  • Beramas Mesra Bersama Kawan-Kawan Lama seperti Bella, Nordin dan Helmi Jambori
  • Jamuan Makan-Makan (paling best)
  • Cabutan Bertuah
  • PhotoShotout
  • Bersurai
Di atas adalah cadangan sahaja, jika terdapat cadangan lain..sila kemukakan di sini.Terima Kasih daun keladi, sila lah komen lagi .

Untuk lain2 info sila layari Friendster Astech 97/98 Group : http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=186730

Special Request dari Moderator ASTECH 97/98 : Megagath nanti geng2 lelaki diminta pakai Tie sekolah yang kaler biru tu ..aku ada simpan lagi..kekeke :P

Time Megagath nanti aku teringin sgt nk jmpa yg pompuan kalo ble WAHIDA @ Gajah ..yg laki aku nk jmp Mat Anip dgn Helmi Jambori ..huhuh :P


Hadiah Istimewa : Bagi 40 orang yang pertama konfom hadir ke MEGAGATH nanti, mereka akan disponsor satu T-Shirt Astech 97/98 Megagath seorang sehelai. Ayuh daftar segera!

Untuk itu diperlukan seorang designer T-Shirt berkolar. Harap Maklum!

Saturday, May 3, 2008

Damai Laut | Bukit Merah

Yang aku jumpa kat damai laut Swiss Garden Hotel ja... 4 bintang tu, yang ni ka yang hampa duk discuss tu? rate untuk per room rm230 onwards, peak days ada 50rm additional. Macam best tapi maanyak mahei... http://www.damailaut.com/

Water park rm21, ecopark rm10, Apartment rate for peak season rm180. Tak tahu la best ke dak, ramai2 masuk waterpark ka nanti? erk,, , http://www.bukitmerahresort.com.my/index.htm

Dua-dua tempat haram aku tak penah pi, aku surf internet ja, sapa2 yang ada pengalaman kat tempat2 ni sila lah bagi pandangan.

Logo

Inilah logo baru yang aku cuba perkemaskan. Nampaknya ada pengaruh jiwang gothic feminin gedic. Aku suka logo baru ni, (sebab aku yang buat) tapi aku perlukan komen-komen dan cadangan sebab aku nak kita ada logo rasmi Megagath. Tak da competitor ka.,, >:)

Gath Utara

Gath Utara

Selatan

Selatan

Design by BURN Templates 2008