Tuesday, August 12, 2008

Harga Seni

Seni, seperti yang kita sedia maklum adalah subjektif. Hasil palitan Van Gogh pada suatu masa dahulu adalah bahan ketawa artis sezamannya. Sekarang, sebidang tanah belum pasti mampu membida sebingkai lukisan hasil tangannya. Van Gogh pastinya seorang yang tabah menahan kutukan masyarakat sekeliling demi seninya yang tersendiri dan diminatinya.

An, seorang pelukis bermediumkan warna air di Jitra adalah satu nama yang tidak asing lagi di persada seni lukis. Banyak jugak hasil seninya yang disimpan megah di Balai Seni Darulaman. Tak kurang juga yang berhias-hias di dinding Istana Negeri Kedah. Yang menang pertandingan juga tak kurang. Berapa harga lukisan beliau? Subjektif juga. Ada yang percuma sebagai hadiah. Ada yang menjangkau RM25 ribu. Ada juga lukisan yang ditawarkan RM18 ribu di tolak mentah2 oleh si pelukis. Masuk akal kah?

Jika dihitung modal si pelukis, mungkin sekitar RM100 sekeping, mungkin kurang. Jika di kenakan pula cas tenaga buruh, mungkin sekitar RM100-200 sehari. Seminggu siap sekeping. Harganya secara purata RM20000. Dimana mahalnya?

Ok lah.. An beri saya segala alatan lukisan termasuk gulungan canvas yang diimpot dari England kepada saya. Ditolong pacakkan lagi papan melukis oleh si An. `Lukis!', jerkahnya. Setahun belum tentu jadi... Atau An beri pula alat lukis lengkap dengan kanvas di papan kepada si pembeli yang membebel, `Mahalnya!'.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pelukis. Dari segi komposisi, warna, penegasan, jalinan, sudut pandangan, mesej dan entah apa-apa lagi yang serba-serbinya berbunyi kurang penting di telinga si pembeli. Tetapi setiap elemen yang dipertimbangkan oleh si pelukis menjadikan lukisannya tida jemu di tatap. Tidak mudah ditiru. Tidak selekeh kualitinya. Dan hanya satu kuantitinya. Suruh An lukis satu lagi yang sama, An geleng kepala.

Jika ditenung dari segi seni muzik. Ramai yang boleh memainkan lagu orang lain. Ia hanya memerlukan praktis dan masa. Tetapi berapa kerat yang mampu mencipta lagu sendiri? Keaslian itu ada harganya.

Apa yang An telah lalui sepanjang hidupnya untuk membentuk jiwa seorang pelukis tidak dapat ditiru oleh orang lain. Ianya `trademark' beliau. Apa yang An fikir sepanjang menghasilkan lukisan beliau tidak difikir oleh Leonarda Da Vinci, mahupun Raphael. Itu fikiran An sendiri. Disitu keaslian hasil seni An bermula. Ianya bukan hasil peniruan.

Di Malaysia kita kurang diketengahkan nilai seni. Masyarakat memandang hasil seni sebagai tidak berharga, setidak-tidaknya kurang berharga. Mereka mungkin tidak sedar ada undang-undang yang melindungi setiap rekabentuk (Industrial Design Act 1996) atau hasil seni di Malaysia. Kerana ianya berpotensi untuk dikomersialkan, dan juga berpotensi besar untuk ditiru oleh mereka yang tidak bertanggunjawab yang kononya bijak mengambil kesempatan.

Pereka bentuk kereta (automotive styling) di barat adalah manusia pertama yang akan masuk majalah sejurus sesebuah kereta baru dipasarkan. Di Malaysia, CEO yang masuk berita, masuk surat khabar.

Namakan apa saja jenis bidang kreatif di Malaysia, tak ramai yang berjaya. Salahnya pada seniman-seniman juga. Mereka dan KITA tidak membantu mendidik masyarakat menghargai seni. Sesetengah sanggup menerima tempahan dengan harga murah (yang menjatuhkan martabat hasil seninya) demi membolot pasaran.. Yang punah periuk nasi adalah mereka juga kemudiannya.

Sekian.

14 comments:

Anonymous said...

dn berapa ringgitkah agak2nya harga iman ..untuk kita bwak sebagai bekalan kita nk jumpa allah bila satlgi kita mati???

maafkan andai terkasar,bukan niat untuk berkhutbah,tapi hanyalah semata2 untuk betuli diri sy sendiri...insyaallah

ruslina said...

Aku rasa, masyarakat kita sedang masih hanyut dengan ledakan teknologi multimedia... apabila kita sudah muak dengan gambar digital dan seni visual yang diedit dari software pelbagai, mungkin kita juga akan mula menghayati seni halus, kembali seperti dahulu.
Tambahan pula kita masyarakat islam, jadi seni halus kita terbatas.
Misalnya walaupun aku sangat sukakan lukisan media campur berimej seorang wanita (yang teramat seksi), aku pasti tidak akan meletakkan lukisan itu di rumah. Apatah lagi berkira untuk membeli.

Anonymous said...

akhirnya ada juga artikel keluar.. aku sokong apa yg dikarang dan diluah...

samkie said...

Wahh..betapa agungnya seni dalam kehidupan kita ..Dunia seni hanyalah dapat difahami secara mendalam oleh mereka yang bergelar anak seni ...saya org teknikal sukar untuk memahami dan terpaksa menggali untuk mendapatkannya..

Berbalik kepada persoalan Tok Janggut..berapakah pula harga iman??dunia ini hanyalah pinjaman semata2 ..akhirat jua tempat kita selamanya...seni/teknikal hanyalah kegunaan di dunia..amal ibadat kekal untuk selamanya..nilai iman lebih tinggi dari nilai seni ...insyaAllah ...;)

samkie said...

Yang baik datangnya dari Allah s.w.t..yang buruk hanyalah dari diri saya sendiri ..

Kiamat sudah dekat!! ...Amal Makruh,Nahi Mungkar ...insyaallah :)

Anonymous said...

amin..

Anonymous said...

siapakah yg tahu berapa harga untuk di rasuah malaikat2 supaya menambah2 kbaikan dan mengurang2kn amal kejahatan kita?

Anonymous said...

nama pengkomen yg dimaksudkan samkie itu ditulis "anonymous" bukannya "tok janggut"...

samkie said...

Ohh...ana memohon maaf di atas kesilapan teknikal tersebut..ana sangkakan anonymous itu ialah tok janggut kerna gaya bahasa dan pertuturannya tidak ubah seperti org warak di kalangan tok janggut..oh maafkan ana ya ..!!

Yang baik datangnya dari Allah s.w.t..yang buruk hanyalah dari diri saya sendiri!

Anonymous said...

huishhhh...jgn dipuji aku..bahaya2...saya ni lemah orangnya,bahya puji pujian ni...bahaya sgt2..

puji2 pujian hanyalah untuk tuhan..saya ni hamba yg lemah,x layak untuk di puji..sikit pn x layak..sekecil zarah yg paling kecil pn xlayak untuk di puji

maafkan saya kalau ada terkasar bahasa..saya hanyalah seorang HAMBA..HAMBA shja...

Laman Coklat said...

Patutnya masuk blog aku ni, tapi apahal keluar kat sini.

Sah salah login ni..

Salah tajuk ni, patut tulis `Pahala dan Dosa' baru kena dgn komen2nya. =)

wanotoegro Ent. said...

Pergh!!! RM20000 tu, kalu aku leh jual byk tu, takyah aku penat2 keje :p

Laman Coklat said...

Tu la Wear.. tp aku tgk penat gak dia tu keja.. nak clear studio pun tak sempat. Anak2 pulak dok mai tolong clean studio. Yakni kalo aku di tempat dia, aku takleh nak maintain disiplin kejar tempahan macam dia.

Mudahnya camni la. Lu jual itu tembikai, gua cakap mahal la. Ini matahari suda free, air hujan pun ada, tak payah pam lama2 besar juga itu tembikai. Apa pasal lu tolak mahal ini tembikai? (walaupun pada hakikatnya si pengkomen tersebut tak pernah tgk pun org tanam tembikai macam mana susahnya, kena ada modal, kena ada tanah, kena bikin rumah pam, kena ada pengetahuan, kena ada ketabahan dan minat.. yakni org biasa2 buat belum tentu jadi).

Saya pun join juga trademark "Anonymous", maafkan andai terkasar, manusia biasa seperti saya sentiasa terdedah untuk berbuat salah. Nampak sgt bulan puasa yang kurang hasutan pun tak terkawal diri sendiri. Dengan harapan kena dengan tajuk.

Anonymous said...

Salam.
dunia sekarang berorientasikan profit... (kerja malas kualiti rendah tp nk untung lebih) malaysia sudah lemak + sebati dengan budaya sebegini...satu lagi asyik2 nak politik..(cari ilmu & perbaiki diri sikit sangat)..yg punah dan yang parah adalah mereka yg kecil dan kerdil yg asyik dok jujur dlm perkerjaannya (apa jua bidang) jadi terperlanting jauh terperosok dalam akibat asakan serta halangan dari mereka yang besar dan bagak.
Jelas jika bercakap berkenaan penghayatan serta penghargaan bagi sesuatu karya,nukilan ataupun design.. masih kecil julat penerimaannya walaupun bersepah sepah di tanahair kita.
Sekian.

Gath Utara

Gath Utara

Selatan

Selatan
Design by -BURN- Templates 2008

Design by BURN Templates 2008